Jumaat, 7 Disember 2018

Itinerary Trip ke Hua Hin Thailand 14Oct - 17oct

Day 1

Fly dari KLIA menggunakan Airasia dalam jam 10am mendarat di Hua Hin sekitar jam 12pm. Perjalanan selama 2jam.
Setibanya di Hua Hin, lepas cop passport apa semua. Aku terus membeli simkad Thai dgn harga 240baht. Perjalanan dari airport ke hotel pulak sekitar 20minit yer. Aku dan rakan menginap di EU Bakery Guesthouse. Di EU Bakery Guesthouse nie aku amik family room. Harga dalam 1200 baht semalam. Tambang taxi ke hotel sekitar 400baht.
Hotel nie senang nak berjalan kaki ke pasar malam hua hin dan pasar malam Chatsila. Dalam sekitar jam 6pm, kami bertolak menuju ke Cicada Night Market. Orang cakap kalau pergi ke hua hin kena pergi ke cicada night market sebab ini antara satu tempat wajib pergi. Jadi kami menaiki mini bus ataupun di sebut
Songthaew dengan tambah cuma 30baht seorang. Tempat menunggu pula adalah di area pasar malam hua hin. Jadi di bawah adalah antara gambar yang aku amik di Cicada Night Market









Barangan yang dijual di sini agak unik. Selepas itu kami balik ke hotel menggunakan tuk tuk dengan bayaran 400baht

Tiada ulasan:

Catat Ulasan